- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pertamina Enduro VR46 Racing Team secara rasmi melancarkan pasukan dan barisan pelumba untuk musim MotoGP 2025 di Indonesia. Pasukan ini mencatat sejarah dengan peningkatan status sebagai Pasukan Satelit Rujukan Ducati, yang memberikan kelebihan kepada Fabio Di Giannantonio sebagai satu-satunya pelumba Ducati satelit yang menggunakan Ducati Desmosedici GP25.
Musim ini menandakan tahun kedua kerjasama dengan Pertamina Enduro sebagai penaja utama dengan kontrak selama tiga tahun (2024-2026). Pasukan ini akan bertanding dengan barisan pelumba yang terdiri daripada Franco Morbidelli, yang akan menggunakan Ducati Desmosedici GP24, dan Fabio Di Giannantonio dengan GP25.
Rekaan jentera pasukan masih mengekalkan tema warna kuning fluo dengan kombinasi putih, hasil sentuhan pereka terkenal Aldo Drudi dari Drudi Performance. Warna ini turut diterapkan pada rekaan sut perlumbaan, dengan konsep separa, di mana sebelah kanan sut berwarna putih manakala sebelah kiri kuning fluo.
Uccio Salucci, Prinsipal Pasukan, berkata: “Kami yakin dengan Franco dan Diggia. Franco telah membuktikan kemampuannya tahun lalu, manakala Diggia menunjukkan peningkatan besar. Kami bersedia memberikan 100%.”
Pengarah Pertamina Lubricants, Werry Prayogi, menyatakan: “Kerjasama dengan VR46 bukan sahaja mengukuhkan jenama Pertamina di pasaran global, tetapi juga menunjukkan keyakinan dunia terhadap kualiti produk kami.”
Dengan jentera berprestasi tinggi dan pelumba berpengalaman, Pertamina Enduro VR46 Racing Team optimis menjadi pesaing utama dalam musim MotoGP 2025.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 MotoGP
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #MotoGP #Pertamina #Enduro #VR46
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment