- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Di acara tahunan 100 km dei Campioni yang berlangsung di Tavullia, Valentino Rossi bukan sahaja beraksi di litar flat track tetapi juga mengambil peluang berbincang secara serius mengenai masa depan bintang muda Sepanyol, Pedro Acosta. Acara tersebut menyaksikan Rossi dan adik tirinya, Luca Marini, menamatkan perlumbaan di podium kedua. Sementara itu, Pedro Acosta yang bergandingan dengan legenda Isle of Man TT, Michael Dunlop, hanya mampu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-23 kerana Dunlop tidak hadir semasa sesi latihan.
Menurut laporan Gazzetta dello Sport, pertemuan Rossi dan Acosta bukan sekadar untuk berseronok. Juara dunia sembilan kali itu dilaporkan sedang berusaha untuk membawa Acosta menyertai struktur VR46 secepat mungkin. Rossi dipetik berkata, “Bila? Sebaik sahaja peluang itu ada. Kita lihat apa yang akan berlaku nanti.”
Namun, langkah ini mungkin sukar direalisasikan memandangkan Pedro Acosta kini terikat dengan kontrak jangka panjang bersama KTM. Dengan prestasi luar biasa Acosta, semua pasukan MotoGP pasti mengidamkan bakat luar biasa pelumba berusia 20 tahun itu.
Situasi KTM juga menambah ketidakpastian. Jika KTM terpaksa mengurangkan komitmen atau meninggalkan MotoGP pada masa hadapan, peluang untuk Acosta menyertai pasukan lain seperti VR46 akan terbuka luas. Buat masa ini, masa depan Pedro Acosta terus menjadi tumpuan dunia MotoGP. Adakah Rossi mampu merealisasikan misinya? MotoGP 2025 pasti menjanjikan lebih banyak kejutan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 VR46
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #MotoGP #VR46 #PA37
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment