Skuad Terkuat KTM Untuk MotoGP Musim 2025

RS-GP 25 : Senjata baharu Aprilia untuk musim 2025

 

Aprilia telah memperkenalkan jentera terbaharunya, RS-GP 25, untuk musim MotoGP 2025. Dengan reka bentuk yang inovatif dan teknologi terkini, jentera ini dijangka memberi saingan sengit kepada pasukan lain.

RS-GP 25 dikuasakan oleh enjin V4 pada sudut 90° dengan kapasiti 1000cc dan bore 81mm. Enjin ini dilengkapi sistem injap pneumatik dan sistem pelinciran dry sump, menghasilkan lebih 280 HP dan mampu mencapai kelajuan putaran enjin melebihi 17,500 rpm. Dengan berat hanya 157 kg, jentera ini memenuhi piawaian minimum MotoGP.

Sistem transmisi menggunakan gearbox seamless 6 kelajuan hasil teknologi Aprilia Racing, manakala sistem elektronik dikendalikan oleh ECU Magneti Marelli dengan perisian bersepadu. RS-GP 25 turut dilengkapi ekzos titanium SC dengan injap ekzos yang meningkatkan prestasi brek.

Struktur rangkanya menggunakan casis aluminium rekaan Aprilia Racing bersama lengan ayun gentian karbon. Sistem suspensi sepenuhnya disokong oleh Ohlins, termasuk fork hadapan, peredam kejutan belakang, dan peredam stereng yang boleh dilaraskan. Aprilia turut memperkenalkan sistem rear height device “BSE” untuk menambah kestabilan semasa memecut keluar dari selekoh.

Roda magnesium aloi dari Marchesini dengan reka bentuk 5 jari dilengkapi tayar Michelin, manakala sistem brek menggunakan cakera karbon untuk memastikan prestasi maksimum. Komponen lain seperti radiator PWR dan rantai RK melengkapkan keupayaan jentera ini.

Dengan teknologi yang dipertingkatkan, RS-GP 25 adalah simbol kejuruteraan moden yang menampilkan inovasi dan prestasi optimum. Aprilia meletakkan harapan tinggi pada jentera ini untuk mendominasi perlumbaan MotoGP 2025.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us