- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
"Pelumba-pelumba MotoGP terbaik dunia". - Ezpeleta
"Tidaklah." - Toprak Razgatlioglu
MotoGP dan wsbk ialah dua gelanggang perlumbaan motorsikal di pentas dunia. Keduanya adalah yang tertinggi namun lumrah hidup pasti akan dibandingkan kerana hanya boleh ada satu sahaja yang terbaik dunia.
Mengikut orang besar Dorna, Carmelo Ezpeleta, jelas lagi nyata bahawa MotoGP disaingi oleh mereka yang terbaik dunia mengatasi yang lain. Kita dapat lihat persaingan di sana cukup sengit dengan aksi-aksi yang luar biasa dengan persaingan mesin-mesin replika yang dilengkapi dengan peralatan tercanggih dunia.
Berbeza dengan dunia superbike yang mana jentera-jentera yang digunakan ialah yang boleh kita dapati di kedai-kedai wakil pengedar. Walau bagai mana pun, perbezaan tetap ada dan yang paling utama ialah bahagian enjin yang diubahsuai kepada maksimum supaya prestasi jentera jauh lebih baik dalam perlumbaan.
Bagi juara dunia superbike, Toprak Razgatlioglu, beliau tidak bersetuju dengan apa yang diungkapkan oleh Ezpeleta itu. Beliau mengatakan jika dirinya boleh berada di pentas MotoGP maka kita dapat lihat sejauh mana perbezaan antara dua kelas dunia tersebut.
Teruskan bersama Two Wheels...!!
#TwoWheels #TWmedia #TW #MGPM
#Dorna #TR54 #MotoGP #wsbk
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment