- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Hari pertama ujian percubaan 2025 WorldSBK di Litar Jerez- Angel Nieto menyaksikan pelbagai aktiviti melibatkan hampir semua pasukan dan pelumba. Ujian ini adalah persediaan awal menjelang Kejuaraan Dunia MOTUL FIM Superbike 2025. Bagaimanapun, Toprak Razgatlioglu terpaksa menarik diri akibat kecederaan jari yang masih belum pulih sepenuhnya.
Nicolo Bulega (Aruba.it Racing – Ducati) mencuri tumpuan dengan mencatat masa terpantas 1’38.731 saat, memperlihatkan prestasi cemerlang dengan Ducati Panigale V4R. Andrea Iannone (Pata Go Eleven Team) berada di kedudukan kedua dengan masa 1’39.181 saat, ketinggalan hanya 0.450 saat.
Scott Redding (MGM BONOVO Racing) berada di tempat ketiga dengan catatan masa 1’39.280 saat, manakala Garrett Gerloff (Kawasaki WorldSBK Team) menunjukkan prestasi memberangsangkan dalam ujian ketiganya dengan ZX-10RR, mencatat masa 1’39.332 saat di tempat keempat.
Axel Bassani (Bimota by Kawasaki Racing Team) dan Danilo Petrucci (Barni Spark Racing Team) masing-masing mengakhiri hari di tempat kelima dan keenam dengan catatan 1’39.463 saat dan 1’39.548 saat. Honda pula kembali menggunakan suspensi Ohlins, dengan Xavi Vierge mencatat masa 1’39.916 saat di tempat ketujuh.
Bekas juara Alvaro Bautista (Aruba.it Racing – Ducati) menduduki tempat kelapan dengan masa 1’40.135 saat, sementara Jonathan Rea (Pata Yamaha) berada di tangga ke-13. Pendatang baharu seperti Ryan Vickers, Bahattin Sofuoglu, dan Yari Montella masih menyesuaikan diri dengan jentera masing-masing.
Ujian ini akan disusuli dengan sesi dua hari di Portimao minggu hadapan.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 WorldSBK
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment