Aveta Nova : Skuter Moden Untuk Pengguna Urban


Aveta bakal menggegarkan pasaran dengan pelancaran dua model skuter baharu, Nova 160 dan Nova 125. Kedua-dua model ini kini sedang menjalani ujian ketahanan sebelum diperkenalkan secara rasmi kepada orang ramai. Dengan reka bentuk moden dan teknologi canggih, Nova 160 dan Nova 125 direka khas untuk memenuhi keperluan pelbagai golongan pengguna.

Nova 160 merupakan pilihan ideal bagi golongan profesional dan pengguna dalam bandar yang inginkan sebuah skuter berprestasi tinggi. Dilengkapi enjin penyejukan cecair, sistem tanpa kunci (keyless system) dan paparan LCD digital, ia menawarkan pengalaman menunggang yang premium dan selesa. Selain itu, lampu hadapan LED dan tangki minyak 8 liter menjadikan Nova 160 sesuai untuk mereka yang sering bergerak aktif dalam rutin harian.

Bagi mereka yang mencari skuter ringan dan praktikal, Nova 125 adalah jawapannya. Dikuasakan enjin penyejukan udara dengan transmisi CVT, ia memastikan perjalanan lebih lancar dan mudah, terutama bagi pelajar, pekerja harian, serta penunggang wanita yang mahukan tunggangan yang selesa. Sistem brek CBS memberikan tambahan keselamatan, manakala ruang simpanan 13.2 liter di bawah tempat duduk dan USB dwi-port menjadikannya skuter yang sangat praktikal untuk kegunaan harian.

Nantikan pelancaran rasmi Nova 160 dan Nova 125, serta rasai sendiri pengalaman tunggangan urban yang lebih moden dan efisien bersama Aveta.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Comments

Follow Us