- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
RCB Lantik David Alonso Sebagai Duta Jenama Baharu
RCB, jenama terkemuka Malaysia dalam penyediaan alat ganti dan aksesori motosikal berprestasi tinggi, dengan bangganya mengumumkan perlantikan David Alonso, Juara Dunia Moto3 2024, sebagai duta jenama terbaharu mereka.
David Alonso, yang kini bersaing dalam Moto2, telah menunjukkan bakat luar biasa dengan pencapaian cemerlang sepanjang kariernya. Pada tahun 2023, beliau mencatat lapan podium termasuk empat kemenangan bersama GASGAS Aspar Team. Tahun berikutnya, Alonso mencipta sejarah dengan meraih 14 kemenangan dan menjuarai Moto3 lebih awal di GP Jepun.
Pengarah Pemasaran Kumpulan MKA, Marcus Leong, menyatakan keterujaannya atas kerjasama ini, yang bukan sahaja mengukuhkan kehadiran global RCB tetapi juga menyokong komuniti sukan permotoran tempatan. Alonso turut berkongsi rasa bangganya menjadi sebahagian daripada keluarga RCB dan berhasrat untuk berinteraksi dengan peminat serta mempromosikan produk berprestasi tinggi.
Turut hadir dalam majlis menandatangani perjanjian di Kuala Lumpur ialah pelumba muda tempatan iaitu Hakim Danish dan Qabil Irfan dari ZK Racing, yang semakin menyerlah di arena perlumbaan. Usaha RCB ini membuktikan komitmen mereka dalam membangunkan sukan permotoran, bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat antarabangsa.
Teruskan Bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWinfo #TWmedia #TWgear #TWracing #RCB #DavidAlonso
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment