Ducati Dijangka Kekal Dengan GP24 Untuk Musim 2025


Ujian di Sepang dan Buriram baru-baru ini menunjukkan bahawa Ducati berdepan cabaran besar dengan jentera GP25 mereka. Masalah yang dibangkitkan oleh pelumba utama mereka iaitu Francesco Bagnaia dan Marc Marquez memberi gambaran bahawa jentera baharu itu mungkin tidak akan digunakan sepenuhnya pada musim 2025.

Bagnaia mengkritik GP25 kerana terdapat isu pada enjin, casis dan reka bentuk aerodinamik yang mengganggu prestasi di litar. Perkara ini sudah mula dirasai ketika Ujian Sepang minggu lalu. Sementara itu, Marquez berpandangan bahawa Ducati tidak perlu mengambil risiko besar dengan GP25 kerana kelemahan yang ada mengurangkan keyakinan pelumba.

Isu utama terletak pada enjin, di mana GP24 dianggap lebih baik secara keseluruhan. Ini menjadi kebimbangan kerana enjin yang digunakan musim 2025 akan dihomologasikan hingga akhir 2026, sekali gus memberi kesan jangka panjang terhadap daya saing Ducati di MotoGP.

Keputusan Ducati untuk mengekalkan asas GP24 bagi musim 2025 semakin kukuh, terutama selepas maklum balas daripada pelumba utama mereka. Ini menunjukkan bahawa kestabilan dan kebolehpercayaan lebih diutamakan berbanding inovasi yang berisiko tinggi.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Ducati

Comments

Follow Us