Fabio Di Giannantonio mengalami kemalangan pada peringkat akhir sesi Sepang hari ini, menyebabkan pelumba pasukan VR46 Ducati itu mengalami patah tulang selangka kiri. Insiden ini berlaku ketika dia sedang mencuba untuk memperbaiki catatan masa, namun terjatuh dengan impak yang kuat.
Selepas pemeriksaan perubatan di litar, doktor mengesahkan kecederaannya dan mencadangkan pembedahan segera dilakukan. Fabio dijadualkan berlepas ke Itali malam ini bagi menjalani prosedur tersebut. Kejadian ini menjadi tamparan hebat buatnya, terutama ketika dia ingin mengukuhkan kedudukan didalam pasukan menjelang musim 2025.
Walaupun kecederaan ini mungkin menjejaskan persiapannya, pasukan VR46 optimis bahawa Fabio dapat pulih dalam masa yang singkat. Kejadian ini sekali lagi membuktikan betapa mencabarnya dunia MotoGP, di mana setiap pelumba sentiasa berdepan dengan risiko kecederaan walaupun dalam sesi ujian.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 MotoGP
Comments
Post a Comment