Jorge Martin Cedera, Tidak Teruskan Sepang Test


Jorge Martin mengalami kecederaan serius pada hari pertama sesi Sepang Test selepas terjatuh di litar. Pemeriksaan susulan oleh pasukan perubatan mengesahkan bahawa pelumba pasukan Aprilia Racing itu mengalami patah pada tangan kanan serta beberapa retakan pada kaki kiri. Walaupun beliau telah menjalani imbasan CT dan MRI, keputusan ujian tersebut tidak menunjukkan kecederaan tambahan lain yang lebih serius.

Susulan kecederaannya, Jorge akan bermalam di hospital untuk pemantauan sebelum berlepas ke Eropah esok bagi menjalani pembedahan pada tangan kanan dan kaki kirinya. Kejadian ini memberi tamparan besar kepada persiapannya untuk musim 2025, terutamanya selepas ditabalkan sebagai juara musim lalu.

Pasukan dan peminat berharap agar pembedahan serta proses pemulihannya berjalan lancar supaya Jorge dapat kembali ke litar secepat mungkin. Insiden ini sekali lagi mengingatkan tentang risiko tinggi yang dihadapi pelumba dalam setiap sesi ujian dan perlumbaan.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 Aprilia

Comments

Follow Us