Minggu Perlumbaan MotoGP 2025 : ThaiGP

 

MINGGU PERLUMBAAN 1/2025

1. Litar Antarabangsa Buriram di Thailand buat kali pertama menjadi siri pembuka MotoGP bagi musim 2025 selepas kali terakhir negara ASEAN iaitu Malaysia menjadi pembuka musim kejuaraan MotoGP adalah pada tahun 1999.

2. Somkiat Chantra #35 merupakan pelumba tuan rumah yang akan membuat penampilan sulung dalam kelas perdana MotoGP ianya lebih bermakna kerana pembuka musim kejuaraan MotoGP 2025 diadakan di tanah airnya sendiri.

3. Seramai 3 rookies yang akan membuat penampilan sulung di Thailand GP, mereka terdiri daripada Somkiat Chantra #35, Ai Ogura #79 (Juara Moto2 2024) dan Fermin Aldeguer #54.

4. Seramai 9 pelumba yang akan memulakan musim 2025 bersama pasukan baru, mereka adalah Jorge Martin #1, Maverick Vinales #12, Franco Morbidelli #21, Enea Bastianini #23, Pedro Acosta #37, Jack Miller 43, Marco Bezzecchi #72, Miguel Oliveira #88 dan Marc Marquez #93.

5. Sebanyak 5 pengeluar jentera terbaik di dunia iaitu Ducati, Aprilia, KTM, Yamaha dan Honda bersaing merebut takhta kejuaraan bagi musim 2025.

Mampukah rookies menunjukkan keputusan yang luar biasa dalam penampilan sulung mereka ? 

Dapatkah 9 pelumba yang bersama pasukan baru mencipta keputusan yang menakjubkan pada pusingan pembukaan musim 2025 ?

Jangan lupa saksikan Thailand GP pada hujung minggu ini.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWinfo #TWmedia #TWgear #TWracing #FaktaGP #MGPM #MotoGP #ThaiGP

Comments

Follow Us