- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Sepang, Khamis, 13 Februari 2025 – Motosikal & Enjin Nasional Sdn Bhd (“MODENAS”), anak syarikat DRB-HICOM Berhad (“DRB-HICOM”), memberikan pengalaman luar biasa kepada 100 pemilik pertama Kawasaki Ninja ZX-6R baharu dengan penyerahan rasmi yang berlangsung di Paddock 1, Litar Antarabangsa Sepang. Dengan kehadiran 350 tetamu termasuk pengedar Kawasaki, peminat setia, dan wakil media, acara ini bukan sekadar sesi penyerahan motosikal biasa– ia adalah sebuah perayaan berkelajuan tinggi!
Mengetuai majlis penyerahan ialah Ketua Pegawai Pemasaran MODENAS, Yusaku Kashiwagi, dengan rasmi menyerahkan kunci kepada pemilik-pemilik baharu hari ini. “Ini bukan sekadar penyerahan motosikal. Ini merupakan saat di mana Kawasaki memenuhi impian peminatnya yang dahagakan prestasi dan adrenalin. Ninja ZX-6R telah direka untuk mereka yang menginginkan prestasi dan kelajuan, dan hari ini, pelanggan kami dapat merasai sendiri pengalaman tersebut di litar lagenda Sepang,” kata Kashiwagi.
Dan mereka benar-benar merasainya! Sebaik sahaja menerima kunci, pemilik baharu terus menghidupkan enjin dan menunggang jentera supersport mereka buat pertama kali di litar Sepang. Bukan itu sahaja, wakil media turut diberi peluang eksklusif untuk menguji jentera ini secara langsung di trek.
Sambutan terhadap Kawasaki Ninja ZX-6R sangat luar biasa. Ketika kempen pra-tempahan dilancarkan pada November 2024 lalu, MODENAS pada asalnya menyasarkan hanya 50 unit. Namun, disebabkan permintaan yang begitu tinggi, jumlahnya digandakan kepada 100 unit – sekali gus menghabiskan jualan bagi dua kumpulan pertama dalam masa yang singkat!
Apa yang menjadikan Ninja ZX-6R begitu luar biasa?
Jentera ini dikuasakan oleh enjin 636cc inline-four, menawarkan prestasi mendebarkan dengan pecutan lancar dan tork yang responsif. Ia turut dilengkapi teknologi elektronik canggih, termasuk quick shifter, kawalan cengkaman (KTRC) tiga mod, serta beberapa pilihan mod kuasa untuk dipadankan dengan gaya tunggangan penunggang. Fork Showa Separate Function Big Piston memberikan kawalan lebih stabil, manakala paparan TFT 4.3” dengan sambungan telefon pintar memastikan maklumat dan kawalan motosikal sentiasa di hujung jari anda, ke mana sahaja anda menunggang.
Dan berita terbaik – MODENAS menawarkan model terbaharu 2024 ini pada harga luar biasa RM59,900, jauh lebih rendah daripada harga asal model 2018 yang terdahulu iaitu RM79,900! Penurunan harga ini dapat direalisasikan kerana model ini kini dipasang secara tempatan di kilang MODENAS di Gurun, Kedah. Inilah kombinasi kuasa, prestasi, dan nilai terbaik dalam satu pakej yang mendebarkan!
“Model ini dicipta untuk litar, tetapi ia juga bersedia untuk menguasai jalan raya. Pada harga ini, Ninja ZX-6R adalah jentera supersport terbaik bagi penunggang yang mahukan prestasi dan nilai,” tambah Kashiwagi.
Dengan ciri-ciri canggih, reka bentuk agresif, dan harga yang sukar ditandingi, Ninja ZX-6R bersedia untuk merevolusikan kategori supersport pertengahan berat. Sama ada anda seorang penunggang berpengalaman atau mencari sensasi baharu, jentera ini pasti memberikan kepuasan maksimum!
Untuk maklumat lanjut mengenai model ini, sila kunjungi pengedar Kawasaki All-Star terdekat atau layari laman web rasmi kami:🔗 https://www.kawasaki.com.my/kawasaki/shop
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment