Tiga Nasihat Rossi Buat Bagnaia


Ini bukanlah posting membincangkan 3 Faktor yang menjatuhkan seseorang iaitu:

  1. Tidak menepati masa (sidai) 

  2. Rasuah (gelap mata dek duit) 

  3. Perempuan ( cinggey)

Akan tetapi ini adalah 3 nasihat yang diberi seorang sang lagenda kepada anak didiknya, ya siapa lagi kalau bukan pemegang rekod terbaik di arena MotoGP iaitu Valentino Rossi. 

Tidak sampai sebulan sahaja lagi pembukaan musim MotoGP 2025 yang bakal berlangsung. Sang lagenda telahpun memberikan tiga nasihat penting kepada Francesco Bagnaia untuk menghadapi musim baru dan juga rakan sepasukan barunya di Ducati, Marc Marquez.

Rossi telah menekankan kepentingan strategi dan mentaliti yang betul dalam persaingan kali ini yang dijangka lebih sukar. Antara nasihat beliau pada anak didiknya adalah:

1. Mengetahui bila perlu mengambil risiko dan bila perlu berhati-hati. Rossi menasihatikan Bagnaia untuk memahami bahawa terdapat hari di mana kemenangan adalah keutamaan, dan ada hari di mana mengumpul sebanyak mata perlumbaan adalah jauh lebih penting. Beliau menyatakan bahawa kegagalan Bagnaia untuk mengamalkan pendekatan ini pada musim lalu menyebabkan beliau terlepas gelaran juara dunia ketiganya kepada Jorge Martin.

2. Elakkan terjebak dalam permainan psikologi. Rossi menegaskan agar Bagnaia tidak terperangkap dalam perangkap atau permainan minda yang mungkin ditimbulkan oleh Marquez. Beliau menasihati supaya tidak membiarkan diri dipengaruhi oleh rakan sepasukan dan mengekalkan fokus hanya diri sendiri.

3. Nikmati pertarungan dan berani mencuba walaupun nampak mustahil. Dalam setiap saingan sengit di litar, Rossi menggalakkan Bagnaia untuk menikmati pengalaman tersebut dan tidak takut untuk mencuba sesuatu yang luar biasa demi mencapai kemenangan.

Rossi juga berkongsi pandangannya mengenai persaingan sengit dalam kariernya, menyatakan bahawa walaupun telah terdapat kebencian ketika beliau berlumba. Akan tetapi selepas bersara, perlu pupuk rasa hormat terhadap bekas pesaing tetap ada. 

Beliau menekankan bahawa lawan-lawannya seperti Sete Gibernau, Jorge Lorenzo, dan Casey Stoner tidak pernah melampaui batas dalam aksi agresif mereka, lalu membolehkan hubungan saling menghormati selepas masing-masing mencapai waktu persaraan.

Dengan nasihat ini, Rossi berharap Bagnaia dapat mengatasi cabaran yang dibawa oleh Marquez dan mencapai kejayaan dalam musim yang akan datang.

Teruskan Bersama Two Wheels!!

Comments

Follow Us