Saidatul Zakirah & Johann Zharfan Cemerlang di Qatar Supersport 300 (QSSP300) 2024/2025



Saidatul Zakirah & Johann Zharfan Cemerlang di Qatar Supersport 300 (QSSP300) 2024/2025

Tahniah diucapkan kepada Saidatul Zakirah dan Johann Zharfan yang telah mengharumkan nama Malaysia di kejohanan Qatar Supersport 300 (QSSP300) musim 2024/2025!

Dalam perlumbaan pertama, Kirah yang bertanding sebagai peserta wild card menunjukkan prestasi cemerlang dengan menamatkan saingan di P4, sebelum melakar pencapaian lebih gemilang di perlumbaan kedua dengan P2.

Sementara itu, Johann berjaya menaiki podium di P3 pada perlumbaan pertama. Walaupun menghadapi masalah teknikal dalam perlumbaan kedua, beliau tetap berjuang sehingga ke garisan penamat dan menamatkan perlumbaan di P6. Konsistensi prestasinya sepanjang musim membuahkan hasil apabila Johann berjaya merangkul tempat ketiga keseluruhan dalam QSSP300!

Syabas dan terima kasih kepada kedua-dua pelumba berbakat ini kerana terus mengangkat nama Malaysia di pentas antarabangsa!

Teruskan bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #QMMF #QSSP300 #SZ88 #JZ27

Comments

Follow Us