Acosta bengang jatuh di perlumbaan ThaiGP

 


Pedro Acosta menghadapi perlumbaan sukar di GP Thailand selepas terjatuh pada awal perlumbaan. Walaupun meneruskan perlumbaan, dia hanya mampu menamatkan di tempat ke-19 dan ketinggalan 40 saat akibat insiden itu.

Acosta mendedahkan bahawa motornya masih mempunyai kekurangan, terutamanya dalam cengkaman tayar belakang yang menyebabkan dia hilang kawalan. Dia menjelaskan bahawa apabila cengkaman belakang hilang, motor meluncur, dan apabila cengkaman kembali, bahagian hadapan pula terdorong, mengakibatkan kemalangan.

Menurutnya, pasukan perlu memahami dengan lebih mendalam bagaimana motor berfungsi dan punca degradasi tayar yang tidak normal. Dia tetap meneruskan perlumbaan untuk mengumpul data dan percaya bahawa tanpa insiden, dia sepatutnya berada dalam kelompok lima teratas kerana sebenarnya pace-nya tidak buruk.

Acosta berharap pasukannya dapat menemui penyelesaian daripada data yang dikumpul supaya lebih kompetitif dalam perlumbaan seterusnya.

Teruskan Bersama Two Wheels!

#tw #twmedia #motogp #mgpm #ThaiGP #PedroAcosta

Comments

Follow Us