Ai Ogura Cemerlang Di Buriram

 


Pusingan pertama MotoGP 2025 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram menyaksikan aksi luar biasa daripada rookies kelahiran Jepun, Ai Ogura, yang tampil bersama pasukan Trackhouse Racing. Dalam perlumbaan debutnya di kelas utama, Ogura membuktikan keupayaan luar biasa dengan menamatkan Sprint di tempat keempat dan perlumbaan utama di kedudukan kelima.

Bermula dari barisan tengah, Ogura menunjukkan ketangkasan dan keberanian luar biasa dalam mengendalikan jentera Aprilia RS-GP pasukan Trackhouse. Di sepanjang perlumbaan, dia berjaya mengatasi beberapa pelumba berpengalaman termasuk rakan sepasukan dan beberapa pesaing utama.

Prestasi ini menandakan potensi besar Ogura dalam musim MotoGP 2025. Selepas kejayaan di Moto2, ramai peminat tertanya-tanya sama ada dia mampu menyesuaikan diri dengan cabaran MotoGP. Kini, dengan keputusan cemerlang di Buriram, dia bukan sahaja membuktikan dirinya sebagai rookies yang perlu diberi perhatian, tetapi juga ancaman kepada barisan hadapan.

Dengan musim masih panjang, peminat akan menantikan aksi seterusnya daripada Ogura. Jika prestasi konsisten ini berterusan, tidak mustahil dia bakal menjadi bintang baharu dalam kejuaraan MotoGP.

Teruskan bersama Two Wheels..!

Foto: Trackhouse

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #TWgear #TWracing #MotoGP #Trackhouse #Aprilia

Comments

Follow Us