- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Tahukah anda kereta 'sport' mewah BMW M4 CS Edition VR46 memang wujud. Ia adalah model khas yang dibuat untuk meraikan ulang tahun ke-46 Valentino Rossi, juara dunia sembilan kali di MotoGP dan pemandu BMW M Works.
Kereta ini tersangat eksklusif, hanya ada 46 unit sahaja di dunia. Dengan dua pilihan reka bentuk "Sport" dan "Style". Valentino Rossi sendiri terlibat dalam reka bentuknya dengan nombor ikoniknya "46" ditampilkan jelas di pintu dan bumbung kereta.
Dari segi prestasi, BMW M4 CS Edition VR46 dilengkapi enjin 3.0L TwinPower Turbo dengan 543hp dan 479 lb-ft tork, serta transmisi 8-kelajuan M Steptronic.
Kereta ini hadir dalam dua warna eksklusif: Frozen Tanzanite Blue Metallic dan Marina Bay Blue Metallic.
Disebabkan edisi ini sangat terhad dan menawarkan pengalaman istimewa, ia menjadi salah satu model BMW M4 paling mahal yang pernah dihasilkan.
Nombor ikonik Rossi dipaparkan dengan jelas di seluruh kereta, termasuk pada pintu dan bumbung bertulang gentian karbon (CFRP).
Selain memiliki kereta eksklusif ini, pelanggan yang bertuah juga akan mendapat pengalaman yang tidak dapat dilupakan: pertemuan peribadi dengan Valentino Rossi di kediamannya, VR46 Motor Ranch di Tavullia, serta pengalaman pemanduan BMW M di litar lumba Misano di Itali.
Teruskan Bersama Two Wheels!!
#TWMedia #TWinfo #TWGear #FourWheels. #TWRacingTeam
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment