- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Hari ini kami berpeluang berada di majlis penyerahan jentera Ducati V4 S 2025 pertama di Malaysia versi ‘halal’ jalanan di Ducati Kuala Lumpur. Walaupun sebelum ini sudah ada rakyat Malaysia yang memiliki model ini, ia hanya boleh digunakan di trek sahaja. Namun, versi terbaru ini adalah yang pertama mendapat pendaftaran sah dan boleh digunakan secara legal di atas jalan raya.
Ducati Panigale V4 S 2025 bukan sekadar sebuah superbike, ia adalah jentera yang membawa teknologi dari MotoGP ke jalan raya. Dato Seri Nazir, pemilik baharu model ini, berkongsi pandangannya mengenai keunikan V4 S 2025, terutamanya dari segi reka bentuk dan prestasi.
Salah satu perubahan ketara adalah tangki aluminium 17 liter dan tempat duduk baharu, yang direka untuk memberikan kawalan lebih baik kepada penunggang, terutama ketika membrek dan memasuki selekoh. Perubahan ini diinspirasikan daripada teknologi Ducati di MotoGP, di mana aerodinamik dan keselesaan penunggang memainkan peranan besar dalam kawalan motosikal.
Dikuasakan oleh enjin Desmosedici Stradale 1,103cc, Ducati Panigale V4 S 2025 menghasilkan 216hp pada 13,500 rpm dengan sistem elektronik tercanggih termasuk Ducati Traction Control (DTC) dan Slide Control (DSC). Suspensi Ohlins dengan sistem Smart EC 3.0 memastikan kestabilan maksimum, membolehkan pengalaman tunggangan yang hampir setanding dengan jentera MotoGP.
Bagi Dato Seri Nazir, memiliki Ducati Panigale V4 S 2025 bukan sekadar tentang prestasi, tetapi juga tentang merasai pengalaman MotoGP di jalan raya – sebuah kombinasi antara kuasa, teknologi dan eksklusiviti yang hanya boleh ditawarkan oleh Ducati.
Teruskan Bersama Two Wheels!
Comments
Post a Comment