Jerez akan usaha perbaiki litar untuk GP Sepanyol



Hujan air batu dan air deras melanda garisan penamat serta pitlane, mencetuskan kebimbangan terhadap penganjuran Grand Prix Sepanyol pada April nanti. Hujan lebat ini disebabkan oleh fenomena DANA telah menyebabkan banjir besar di Litar Jerez-Angel Nieto semalam. 

Namun, pihak litar menegaskan keadaan terkawal selepas menilai kerosakan. “Kerja-kerja pembersihan telah bermula dan dijangka mengambil masa beberapa hari,” menurut kenyataan rasmi mereka.

Bagi menenangkan peminat, pihak litar memberi jaminan bahawa Grand Prix Sepanyol akan berlangsung seperti dijadualkan pada 25-27 April. Dikatakan, hanya aktiviti sebelum tarikh tersebut mungkin terjejas, namun semua sumber telah digerakkan untuk memastikan operasi kembali seperti biasa secepat mungkin. 

Teruskan Bersama Two Wheels!

#tw #twmedia #MotoGP #Jerez #SpanishGP #Motorsport #LitarJerez

Comments

Follow Us