Mark Mateschitz Beli Koleksi Jentera F1 Klasik Milik Bernie Ecclestone


Koleksi 69 kereta Formula 1 klasik milik bekas bos F1, Bernie Ecclestone, kini menjadi milik pewaris empayar Red Bull, Mark Mateschitz. Pembelian ini dikatakan sebagai transaksi terbesar dalam sejarah penjualan koleksi kereta F1, dengan nilai anggaran mencecah RM2.85 bilion.

Bernie, yang kini berusia 94 tahun, menjelaskan bahawa keputusan untuk menjual koleksi berharga itu dibuat bagi memastikan warisan ini diuruskan dengan baik selepas pemergiannya.

“Saya sudah 94 tahun dan jika bernasib baik, mungkin hidup beberapa tahun lagi. Tetapi saya tidak mahu isteri saya keliru tentang apa yang perlu dilakukan dengan koleksi ini selepas saya tiada,” kata Bernie.

Mark, anak kepada pengasas Red Bull, Dietrich Mateschitz, berasa bangga dapat memiliki koleksi bersejarah tersebut. Menurutnya, beliau berhasrat untuk membina sebuah muzium khas bagi mempamerkan kereta-kereta F1 ini kepada orang ramai dalam beberapa tahun akan datang.

Koleksi ini mengandungi jentera dari pelbagai era kejuaraan F1, termasuk model ikonik yang pernah digunakan oleh juara dunia seperti Ayrton Senna, Michael Schumacher dan Alain Prost.

Pemilikan Mark terhadap koleksi ini menunjukkan minat mendalamnya terhadap sukan permotoran serta kesinambungan legasi keluarganya dalam dunia F1. Dengan adanya muzium ini kelak, peminat sukan permotoran dapat menghargai sejarah serta perkembangan teknologi Formula 1 sepanjang dekad yang lalu.

Teruskan bersama Four Wheels..!

Comments

Follow Us