- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Seperti yang kita sedia maklum, Dorna Sports telah mengumumkan bahawa Michelin akan menamatkan peranannya sebagai pembekal tayar tunggal bagi kelas MotoGP dan MotoE selepas musim 2026. Bermula musim 2027, Pirelli akan mengambil alih tugas ini sejajar dengan era baharu MotoGP 850cc, dengan kontrak awal selama lima tahun.
Menurut Piero Tarramasso, Pengurus Sukan Dua Roda Michelin, keputusan untuk tidak meneruskan kerjasama ini bukan kerana keengganan Michelin untuk kekal dalam MotoGP, tetapi lebih kepada syarat yang ditetapkan oleh Dorna. Dorna mahukan satu pembekal tayar tunggal untuk semua kelas – MotoGP, Moto2, Moto3, MotoE, serta siri lain seperti Rookies Cup dan Talent Cup. Namun, Michelin hanya mahu memberi tumpuan kepada MotoGP dan MotoE sahaja, yang menyebabkan mereka terpaksa menarik diri daripada tender tersebut.
Situasi ini membuka peluang kepada Pirelli, yang kontraknya sebagai pembekal tayar tunggal Moto2 dan Moto3 juga akan berakhir pada penghujung 2026. Dengan keputusan Dorna untuk menyatukan semua kelas di bawah satu jenama tayar, Pirelli menerima cabaran ini dan bersedia mengambil alih sebagai pembekal tunggal untuk semua kategori perlumbaan bermula 2027.
Keputusan Michelin untuk tidak melibatkan diri dalam semua kelas menjelaskan mengapa mereka akhirnya menarik diri daripada persaingan ini. Walaupun peluang masih terbuka, mereka memilih untuk tidak meneruskan peranan sebagai pembekal utama MotoGP selepas 2026.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 Michelin
Comments
Post a Comment