Minggu Perlumbaan MotoGP 2025 : AmericasGP



MINGGU PERLUMBAAN 3/2025

1. Americas GP akan dilangsungkan di Circuit Of The Americas (COTA), Austin, Texas, Amerika Syarikat pada 28-31 Mac 2025. Penganjuran ini antara yang dinantikan bukan sahaja oleh peminat di Amerika malah di serata dunia kerana pusingan di COTA terdapat prestij yang tersendiri.

2. Pasukan TrackHouse MotoGP akan beraksi di halaman sendiri dengan penyokong tempatan dijangka akan membanjiri COTA. Hal ini akan membuatkan Raul Fernandez #25 dan rookie sensasi ketika ini Ai Ogura #79 lebih bersemangat untuk mempamerkan tunggangan yang mantap di hadapan penyokong sendiri.

3. Maverick ‘Top Gun’ Viñales #12 telah mencipta sensasi di Americas GP pada tahun 2024 apabila berjaya memenangi perlumbaan Sprint dan perlumbaan utama sekaligus mencatatkan rekod sebagai pelumba MotoGP pertama yang berjaya memenangi perlumbaan bersama 3 pengeluar yang berbeza sejak permulaan era MotoGP pada tahun 2002.

4. Kedudukan kejuaraan selepas dua grand prix menyaksikan Marc Marquez #93 mendahului carta tersebut diikuti oleh Alex Marquez #73, Francesco Bagnaia #63, Franco Morbidelli #21 dan mengisi kedudukan kelima ialah Johann Zarco #5 dari pasukan LCR Honda, perkara ini menunjukkan perkembangan yang menarik bagi kem LCR Honda dengan prestasi yang dipamerkan oleh pelumbanya. Selain memang tidak boleh disangkalkan lagi kehebatan jentera Ducati hingga berjaya menempatkan empat pelumba mereka mengisi kedudukan teratas carta kejuaraan. 

5. Musim 2025 menyaksikan permulaan yang mengagumkan daripada dua beradik iaitu Marc Marquez #93 dan Alex Marquez #73 kerana berjaya mencatatkan kemenangan satu-dua pada Thai GP dan Argentina GP ini juga merupakan rekod yang akan diingati sepanjang zaman.

Adakah Marquez bersaudara akan mencipta kemenangan hatrik satu-dua di COTA atau ada kejutan daripada pelumba lain yang akan cipta sensasi tersendiri ? 

Jangan lupa saksikan Americas GP pada hujung minggu ini.

Teruskan Bersama Two Wheels..!

#TwoWheels #TWinfo #TWmedia #TWgear #TWracing #FaktaGP #MGPM #MotoGP #COTA #AmericasGP


Comments

Follow Us