Minggu Perlumbaan MotoGP 2025 : ArgentinaGP


MINGGU PERLUMBAAN 2/2025

1. Argentina GP akan diadakan di Litar Termas de Rio Hondo pada 14-16 Mac 2025 setelah pembatalan dibuat atas sebab masalah dalaman yang telah berlaku pada tahun 2024. 2. Pertama kalinya jentera Ducati telah berjaya memenangi perlumbaan utama di Argentina GP adalah pada tahun 2023 menerusi pelumba pasukan Mooney VR46 Racing iaitu Marco Bezzecchi #72. 3. Pertama kalinya bekas pelumba MotoGP yang digelar El Capitan dalam pasukan Aprilia Racing meraih kemenangan sulung dalam kelas perdana di litar ini pada tahun 2022 beliau ialah Aleix Espargaro #41. 4. Hanya 1 pengeluar jentera sahaja yang belum pernah memenangi perlumbaan utama di Argentina GP, pengeluar jentera tersebut adalah KTM walaupun pada tahun 2023 Brad Binder #33 telah mencipta sensasi apabila berjaya memenangi perlumbaan Sprint akan tetapi kemenangan dalam perlumbaan Sprint tidak dikira sebagai rekod di dalam saingan MotoGP. 5. Ai Ogura #79 kini mendahului senarai rookies diikuti oleh Fermin Aldeguer #54 dan Somkiat Chantra #35 walaupun mereka masih baru dalam kelas perdana mereka telah buktikan mereka mampu untuk bersaing bersama pelumba sensasi dalam kelas tersebut. 6. Kenangan manis dan membanggakan Malaysia apabila Khairul Idham Pawi (Super KIP) memenangi perlumbaan kategori Moto3 dalam keadaan litar basah pada tahun 2016. 7. ⁠Adam Norrodin juga hampir mencipta sensasi di litar ini tetapi kurang bernasib baik apabila terjatuh di selekoh akhir dalam perlumbaan utama dan menyebabkan Adam Norrodin menamatkan perlumbaan di tempat ke 11 pada tahun 2016 dalam kategori Moto3. Adakah skrip di Thai GP berulang atau drama baru akan tercetus ? Jangan lupa saksikan Argentina GP pada hujung minggu ini. Teruskan Bersama Two Wheels..! #TwoWheels #TWinfo #TWmedia #TWgear #TWracing #FaktaGP #MGPM #MotoGP #ArgentinaGP

Comments

Follow Us