- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Spekulasi mengenai masa depan Francesco “Pecco” Bagnaia bersama Ducati semakin hangat diperkatakan. Juara dunia MotoGP dua kali itu dikatakan mempunyai klausa dalam kontraknya yang membolehkannya menamatkan tahun kedua perjanjiannya dengan Ducati sekiranya syarat tertentu dipenuhi.
Khabar angin ini semakin kuat selepas penyertaan Marc Marquez ke dalam pasukan Ducati Lenovo. Jika Marquez kembali menguasai perlumbaan di Argentina dihadapan Bagnaia, dinamik dalam garaj Ducati dijangka berubah secara drastik. Marc, dengan pengalamannya sebagai juara dunia lapan kali, sudah pasti akan memberi tekanan besar kepada Bagnaia dalam pasukan yang sepatutnya berpusat di sekelilingnya.
Sekiranya Bagnaia merasakan posisinya sebagai pelumba utama Ducati terancam, tidak mustahil dia akan mempertimbangkan pilihan lain, termasuk berpindah ke pasukan yang dapat memberikan status keutamaan kepadanya. Aprilia dan KTM mungkin menjadi destinasi berpotensi sekiranya Ducati tidak lagi menjadi pilihan utamanya.
Namun, keputusan ini masih bergantung kepada prestasi sepanjang musim 2025 dan bagaimana hubungan antara Bagnaia dan Ducati berkembang. Jika Marc mendominasi dalam pasukan, ada kemungkinan Ducati akan lebih memihak kepada pelumba Sepanyol itu, mendorong Bagnaia untuk mencari peluang baharu di luar Ducati.
Comments
Post a Comment