- Get link
- X
- Other Apps
Red Bull KTM Factory Racing jelas dengan WRS untuk penglihatan yang lebih baik pada kelajuan penuh MotoGP
- Get link
- X
- Other Apps
Jalan menuju kejayaan dalam MotoGP 2025 kini semakin jelas bagi Red Bull KTM Factory Racing dan para pelumbanya, Pedro Acosta dan Brad Binder, hasil daripada kerjasama strategik dengan pakar skrin WRS untuk KTM RC16 mereka.
WRS telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi ‘cockpit’ KTM RC16, dengan membekalkan bahan skrin yang bukan sahaja sangat jelas, tetapi juga tahan lasak untuk menghadapi cabaran perlumbaan pada musim 2025. Sebagai rakan teknologi utama, WRS telah menyumbang kepada kemajuan jentera #37 dan #33, yang akan bertarung dalam 22 perlumbaan Grand Prix tahun ini.
![]() |
Penghadang Angin WRS di jentera KTM RC16 MotoGP Foto: Red Bull KTM Factory Racing. |
WRS, yang berpusat di Cattolica, memulakan perjalanannya sebagai sebuah perniagaan e-dagang kecil pada 2008, dan kini telah berkembang menjadi pengeluar skrin angin terkemuka. Dengan pencapaian pensijilan antarabangsa dan reputasi yang semakin kukuh dalam industri motosikal, WRS diiktiraf kerana standard tinggi dalam penghasilan produk mereka. Teknologi canggih seperti pemotongan laser, pengimbas 3D, pengilangan CNC, dan perisian simulasi digunakan untuk menghasilkan produk terbaik. Selain itu, WRS turut menghasilkan aksesori untuk pelbagai model KTM STREET.
Kerjasama dengan WRS ini merupakan satu langkah penting untuk Red Bull KTM Factory Racing dalam mengukuhkan kehadiran mereka di dunia MotoGP, di mana mereka berharap dapat meraih lebih banyak kejayaan pada musim ke-77 MotoGP yang akan datang pada 2025.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment