on
AmericasGP
cota
MotoGP
- Get link
- X
- Other Apps
Pada musim 2025, RS Megatech Racing menyertai kategori Wira KBS dan CP125 dalam kejohanan Malaysia Cub Prix. Dengan sokongan daripada RS Megatech Holding, Honda Malaysia, Zynergys, Hellios, RCB, serta Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang (MSNPP), pasukan ini terus berkembang dan memberi fokus kepada latihan intensif untuk memastikan para pelumba bersedia bersaing di peringkat lebih tinggi. MSNPP turut memainkan peranan penting dengan menyediakan insurans, insentif pendidikan, biasiswa, serta akses kepada kepakaran sains sukan bagi pelumba yang bernaung di bawah mereka.
Antara pelumba utama pasukan adalah Naqib Rifqi Zulhelmi dan Darwish Amsyar yang berjaya mendapat tempat dalam Thailand Talent Cup 2024 setelah menunjukkan prestasi cemerlang dalam Honda One Make Race 2023. Penyertaan mereka di MSBK memberikan lebih banyak pengalaman dalam mengendalikan jentera yang lebih besar berbanding perlumbaan Cub Prix. Selain itu, pasukan turut mempunyai pelumba berbakat seperti Qhuawarismi dan Haziq Naufal, yang masing-masing membawa pengalaman dan potensi besar dalam sukan permotoran.
Selain daripada membangunkan pelumba, RS Megatech Racing turut menitikberatkan budaya pasukan yang menekankan komunikasi dan sikap saling menghormati. Kejayaan pasukan bukan sahaja bergantung kepada pelumba, tetapi juga kepada mekanik, pengurus pasukan, dan semua individu yang bekerja di sebalik tabir. Dengan semangat juang yang tinggi, RS Megatech Racing Team bertekad untuk menjadi antara pasukan terbaik dalam arena perlumbaan Malaysia dan terus berkembang ke peringkat antarabangsa.
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #MCP #rsmegatechracingteam
Comments
Post a Comment