Senarai Pelumba Malaysia yang beraksi pada perlumbaan Motul 12 Hours of Sepang 2025

Motul 12 Hours of Sepang adalah perlumbaan ketahanan yang diadakan di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia. Acara ini terkenal dengan cabaran ekstrim yang menguji ketahanan kereta dan pemandu, diadakan selama 12 jam tanpa henti. Perlumbaan ini menyaksikan pasukan dari pelbagai negara bersaing dalam beberapa kategori seperti GT3 dan GTC. Ia juga merupakan sebahagian daripada siri perlumbaan antarabangsa yang menarik perhatian peminat sukan permotoran dari seluruh dunia. Dikenali dengan suasana yang sengit dan aksi perlumbaan yang mendebarkan, Motul 12 Hours of Sepang menjadi salah satu acara utama dalam kalendar sukan permotoran Asia.

Berikut adalah senarai pelumba Malaysia yang Beraksi di Motul 12 Hours of Sepang.

Kelas GT3:-

  • #5 Absolute Racing: Haziq Zairel Oh, Hairie Zairel Oh, Aaron Lim


  • #26 Absolute Racing: Akash Nandy


  • #33 33R Harmony Racing: Jason Loh, Jazeman Jaafar


  • #61 EBM: Adrian D'Silva


  • #65 VIPER NIZA Racing (Team Malaysia): Douglas Khoo, Dominic Ang, Melvin Moh


Kelas GTC:

  • #911 610 Racing: Leona Chin


Anda boleh saksikan perlumbaan secara langsung di Litar Antarabangsa Sepang (Main Grandstand) pada hari Jumaat dan Sabtu hujung minggu ini dan berilah sokongan penuh terhadap pelumba Malaysia pada perlumbaan ketahanan 2025. Jadual acara dilampirkan dalam format 24 jam (GMT +8)

Jumaat, 14 Mac 2025

  • 9:10 – 10:40: Latihan Bebas 1 (FP1)
  • 11:30 – 13:00: Latihan Bebas 2 (FP2)
  • 15:00 – 15:15: Kelayakan - Pemandu 1
  • 15:25 – 15:40: Kelayakan - Pemandu 2
  • 15:50 – 16:05: Kelayakan - Pemandu 3
  • 16:15 – 16:30: Kelayakan - Pemandu 4
  • 16:40 – 16:55: Kelayakan - Pemandu 5

Sabtu, 15 Mac 2025

  • 10:15 – 22:15: Perlumbaan

Tonton Secara Langsung: Strim Siaran Langsung YouTube
Kemaskini Catatan Masa: Keputusan Perlumbaan

Teruskan Bersama Four Wheels..!!











Comments

Follow Us