- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Kuala Lumpur, 13 Mac 2025 – Sime Motors, peneraju utama dalam industri automotif, hari ini mengumumkan kolaborasi strategik dengan CompAsia, peneraju perkhidmatan kitaran peranti di Asia Tenggara. Kerjasama ini bertujuan untuk menangani isu sisa elektronik (e-waste) yang semakin meningkat, sebagai sebahagian daripada komitmen kedua-dua syarikat terhadap kelestarian alam sekitar. Inisiatif ini menumpukan usaha untuk menggalakkan pelupusan bertanggungjawab dan mengitar semula sisa elektronik dalam operasi Sime Motors di Malaysia, Thailand, Singapura, dan Indonesia.
Dengan peningkatan sisa elektronik yang kini menjadi isu global, kerjasama ini memberikan solusi kepada pekerja dan pelanggan untuk melupuskan peranti elektronik mereka secara bertanggungjawab. Melalui program tukar beli, peserta boleh menukar peranti terpakai mereka dengan wang tunai atau diskaun untuk pembelian baharu. Kerjasama ini juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memanjangkan jangka hayat peranti, serta menggalakkan pelanggan untuk mempertimbangkan pilihan peranti yang diperbaharui sebagai alternatif yang lebih mesra alam.
“Kerjasama dengan CompAsia menyediakan pengalaman yang mudah dan efektif kepada kakitangan serta pelanggan kami, menjadikannya lebih mudah untuk melupuskan peranti lama secara bertanggungjawab sambil menyokong ekonomi kitaran di seluruh Asia Tenggara,” kata Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Sime Motors Asia Tenggara. “Peningkatan sisa elektronik kini mencapai tahap yang membimbangkan, dan sebagai organisasi yang bertanggungjawab, kami komited untuk menangani isu ini serta mendorong perubahan positif di peringkat global.”
George Hashim, Ketua Pegawai Strategi CompAsia, menyatakan, “Sime Motors adalah salah satu jenama terkemuka di Asia Tenggara, dan kami amat berbesar hati untuk bekerjasama dalam usaha bersama bagi mewujudkan masa depan yang lebih lestari dan terhubung. Kami percaya bahawa pendekatan inovatif kami dalam memanjangkan jangka hayat peranti bersama Sime Motors akan memberi impak yang besar, mendorong pengguna untuk membuat pilihan yang lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar.”
Kerjasama ini turut menyokong inisiatif jangka panjang Sime Motors dalam penjagaan alam sekitar. Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, kerjasama ini akan menyertakan beberapa program tanggungjawab sosial korporat (CSR), termasuk projek pengurangan sisa elektronik, program tukar beli peranti, serta kempen kesedaran yang memfokuskan pelupusan elektronik secara bertanggungjawab. Melalui inisiatif CSR ini, peranti elektronik yang telah tamat perkhidmatan tetapi masih berfungsi dengan baik akan didermakan kepada komuniti kurang berkemampuan di Malaysia, sekali gus memperpanjang kitar hayat peranti tersebut.
Sime Motors dan CompAsia berusaha untuk menyediakan penyelesaian praktikal yang membantu pelanggan dan kakitangan dalam menyumbang kepada ekonomi kitaran yang lebih lestari. Kerjasama ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran mengenai isu sisa elektronik serta memperkukuhkan semangat pelupusan yang bertanggungjawab di kalangan masyarakat.
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment