- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Bekas pelumba Moto3, Tatsuki Suzuki, kini memulakan bab baharu dalam dunia perlumbaan sebagai juruteknik suspension selepas menamatkan kerjayanya sebagai pelumba. Tatsuki, yang pernah beraksi di kejuaraan dunia Moto3 selama beberapa musim, dikenali dengan gaya tunggangannya yang agresif serta keupayaannya dalam perlumbaan sengit.
Selepas bersara, Tatsuki memilih untuk terus terlibat dalam sukan permotoran dengan memberi tumpuan kepada aspek teknikal motosikal. Beliau kini bekerja sebagai juruteknik suspension OHLINS, membantu pelumba mendapatkan tetapan terbaik untuk meningkatkan prestasi di litar. Keputusan ini membuktikan kecintaannya terhadap perlumbaan masih utuh, walaupun tidak lagi berada di atas jentera perlumbaan.
Peralihannya daripada pelumba kepada juruteknik menunjukkan kepentingan pengalaman dalam perlumbaan yang boleh dimanfaatkan dalam bidang kejuruteraan dan pembangunan motosikal. Dengan pengalaman luasnya dalam kejuaraan dunia, Tatsuki dijangka dapat membantu ramai pelumba mencapai prestasi terbaik mereka.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 OHLINS
Comments
Post a Comment