Valencia Kekal Dalam Kalendar MotoGP Sehingga 2031

 

📸MotoGP

Walaupun pasca bencana banjir melanda Valencia tahun lalu, Circuit Ricardo Tormo dan MotoGP telah mencapai persetujuan untuk mengekalkan Valencia sebagai tuan rumah Grand Prix MotoGP dari 2027 hingga 2031. Perjanjian ini memastikan perlumbaan akan berlangsung setiap tahun tanpa sistem giliran seperti kontrak sebelumnya (2022-2026).

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, bersama Presiden Generalitat Valenciana, Carlos Mazon, menandatangani perjanjian ini di litar berkenaan. Circuit Ricardo Tormo akan terus menjadi lokasi bersejarah bagi MotoGP, dengan perlumbaan akhir musim 2025 dijadualkan pada 16 November.

Sejak perlumbaan pertamanya pada 1999, litar ini telah menyaksikan detik bersejarah seperti kemenangan pertama Sete Gibernau (2001), kejuaraan dramatik Nicky Hayden (2006), kejayaan Dani Pedrosa, Marc Marquez, Jorge Lorenzo, Joan Mir, serta perpisahan legenda Valentino Rossi (2021).

Selepas banjir besar yang melanda Valencia tahun lalu, litar ini telah memfokuskan usaha pemulihan. Kerja pembaikan akan siap menjelang musim panas, membolehkan perlumbaan berlangsung dengan kapasiti penuh dan hampir 100,000 penonton dijangka hadir.

Comments

Follow Us