MINGGU PERLUMBAAN 4/2025 — QATAR GRAND PRIX
Aksi MotoGP kini menuju ke Litar Antarabangsa Losail, Doha untuk Qatar GP pada 11–14 April 2025. Satu-satunya perlumbaan waktu malam dalam kalender MotoGP ini sentiasa dinanti oleh peminat. Dikelilingi gurun pasir dan dengan pencahayaan penuh, Losail menjanjikan cabaran unik dan suasana perlumbaan yang dramatik.
Musim 2025 menyaksikan Alex Marquez #73 tampil lebih konsisten dan kompetitif. Selepas lima tahun dalam kelas premier, beliau kini berada di puncak prestasi dengan tiga podium berturut-turut, pencapaian terbaik sejak debut MotoGP beliau pada 2020.
Maverick ‘Top Gun’ ViƱales #12 pula kekal sebagai pelumba aktif paling berjaya di Qatar dengan tiga kemenangan: Moto3 (2012), MotoGP (2017 & 2021). Adakah dia akan menambah koleksi trofi tahun ini?
Tumpuan utama pastinya terarah kepada duo Ducati iaitu Francesco Bagnaia #63 dan Marc Marquez #93. Kedua-duanya memiliki dua kemenangan masing-masing di Qatar, dalam kelas Moto2 dan MotoGP. Persaingan antara mereka dijangka sengit, mewakili dominasi Ducati musim ini.
Dari segi pengeluar, Yamaha mendahului carta kemenangan di Qatar dengan sembilan kemenangan dalam kelas MotoGP, diikuti rapat oleh Ducati dengan lapan kemenangan sejak kemunculan mereka dalam kelas premier.
Jorge Martin #1 masih belum pasti sama ada akan menyertai perlumbaan pada hujung minggu ini, semuanya akan diputuskan menerusi pemeriksaan perubatan rasmi pada Khamis.
Qatar GP kali ini menjanjikan aksi hebat dan penuh drama di bawah cahaya lampu padang pasir. Jangan ketinggalan!
Teruskan bersama Two Wheels..!
#TwoWheels #TWinfo #MotoGP #QatarGP #FaktaGP #TWracing
Comments
Post a Comment