PanigaleV4 Lamborghini dilancarkan, hanya 630 unit terhad!

Ducati Panigale V4 Lamborghini edisi terhad kini rasmi dilancarkan, terhad kepada 630 unit bernombor dan 63 unit tambahan eksklusif untuk pemilik Lamborghini. Diinspirasikan oleh Lamborghini Revuelto Ad Personam, model ini merupakan bab ketiga kolaborasi antara dua ikon jenama Itali. Sebelum ini, kolaborasi hanya melibatkan jentera naked seperti Streetfighter V4 dan Diavel 1260, namun kali ini fokus diberikan kepada sebuah jentera superbike tulen.

Jentera ini memukau dari segi rekaan dan prestasi, tampil dengan livery istimewa, penggunaan carbon fibre, dry clutch, dan sistem ekzos titanium Akrapovic. Ia juga merupakan model Panigale paling ringan setakat ini, hanya 185kg, dengan kuasa maksimum 218.5hp pada 13,500rpm dan tork 90lb-ft pada 11,250rpm.

Reka bentuknya menyerlahkan elemen Lamborghini seperti forged aluminium wheels, reka bentuk tailpiece dan wings yang agresif, serta seat yang diinspirasikan daripada interior Revuelto. Ia turut dilengkapi sistem suspensi elektronik Öhlins, Ducati Vehicle Observer (DVO), dan Race eCBS untuk kawalan maksimum di jalan mahupun litar.

Untuk penggunaan di trek, Ducati menyertakan aksesori seperti racing fuel cap, brake caliper conveyors, carbon fibre open clutch cover, dan kit penanggal nombor plat. Tambahan 63 unit Speciale Clienti membolehkan pemilik Lamborghini memilih warna yang sepadan dengan kereta mereka.

Gabungan seni rekaan mewah dan kejuruteraan berprestasi tinggi ini menjadikan Panigale V4 Lamborghini sebagai simbol sebenar hasil buatan Itali yang eksklusif dan mengagumkan.















Comments

Follow Us