Qabil Irfan Azlan Raih Kemenangan Berganda Di Jerez, Dedah Strategik Bijak Di Litar.

 

Lagu Negaraku sekali lagi bergema megah di bumi Eropah apabila pelumba muda sensasi negara, Qabil Irfan Azlan, mencatat kemenangan kedua berturut-turut dalam perlumbaan kedua ESBK Talent Cup sebentar tadi.

Selepas kejayaan cemerlang semalam, Qabil sekali lagi menunjukkan taringnya di atas litar meskipun berdepan tentangan lebih sengit daripada pencabar terdekatnya, Izan Rodriguez. Perlumbaan berlangsung penuh dramatik dengan aksi potong-memotong yang membuatkan para penonton tidak senang duduk.

Menurut Qabil dalam sesi temu bual selepas perlumbaan, beliau menyedari sejak awal bahawa Izan merupakan pencabar utama dalam perlumbaan kedua hari ini.

“Saya tahu Izan sangat kuat. Perlumbaan memang sengit, banyak potong memotong berlaku. Tapi saya cuba bertenang dan susun strategi dengan baik,” ujar Qabil.

Strategi pelumba muda negara itu terbukti berkesan apabila beliau berjaya memastikan kedudukannya di hadapan pada pusingan terakhir, satu langkah taktikal yang diambil kerana beliau merasakan agak sukar untuk memotong semula sekiranya berada di belakang pada saat akhir.

Qabil turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang sentiasa menyokong perjuangannya di arena perlumbaan.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada penaja, pasukan saya, keluarga dan juga semua peminat yang terus beri sokongan. Kemenangan ini untuk anda semua,” katanya penuh semangat.

Dengan kemenangan berganda ini, Qabil Irfan bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya dalam kejuaraan, malah terus membuktikan potensi besar yang dimilikinya sebagai bintang masa depan sukan permotoran negara.

Teruskan bersama Two Wheels..!

📷 ZK Racing

#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #ESBK #TalentCup #Qabil04 #Q04

Comments

Follow Us