- Get link
- X
- Other Apps
- Get link
- X
- Other Apps
Pelumba muda berbakat, Qabil Irfan Azlan, mencuri tumpuan selepas meraih kemenangan sulungnya dalam perlumbaan satu ESBK Talent Cup yang berlangsung hari ini. Dalam satu temubual selepas perlumbaan, Qabil kelihatan tenang namun gembira dengan pencapaiannya, menyifatkan kemenangan itu sebagai hasil kerja keras dan sokongan padu daripada pasukan.
“Alhamdulillah, rezeki hari ini. Terima kasih kepada semua yang bantu terutama mekanik, keluarga dan pasukan,” ujar Qabil yang masih dalam usia remaja tetapi menunjukkan kematangan luar biasa di litar.
Perlumbaan berlangsung sengit dengan saingan rapat dari pelumba ditempat kedua, namun Qabil berjaya mengekalkan konsistensi dan fokus sepanjang perlumbaan. Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap prestasi jentera yang digunakan, serta pujian kepada pasukan yang menyediakan pelarasan terbaik.
“Kami dah kerja keras dari awal minggu, ‘setting’ motor semua ‘on point’. Saya cuma buat yang terbaik atas trek,” tambahnya.
Kemenangan ini dijangka membuka lebih banyak peluang buat Qabil Irfan, termasuk perhatian dari pasukan-pasukan utama yang mencari bakat muda untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi. Dengan prestasi konsisten dan semangat juang tinggi, Qabil kini dilihat sebagai antara calon pelapis pelumba profesional negara.
Qabil kini merupakan aset negara yang perlu diberi perhatian agar bakat yang lahir ini tidak di sia-siakan begitu sahaja. Oleh itu, segala keperluan serta kelengkapan haruslah disediakan dengan rapi bagi memastikan prestasi Qabil sentiasa berada di tahap yang terbaik.
Teruskan bersama Two Wheels..!
📷 ZKracing
#TwoWheels #TWmedia #TWinfo #TWgear #TWracing #ESBK #TelentCup #Qabil04 #Q04
- Get link
- X
- Other Apps
Comments
Post a Comment